Wednesday 25 July 2012

Fakta Tentang Senyum

selamat tengahari semua
apa yang i senang hati ni erk?
hehehhe..entah la..tiba-tiba senang hati senang hari ni


bila hati senang dah tentu la sentiasa tersenyum kan?
so kat sini i nak share tentang senyum
(dipetik dari blog lain-semoga dia mendapat pahala dengan ilmu yang dikongsi)


Fakta Tentang Senyum :


Senyum meningkatkan sisten imun
Apabila kita bersenyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, berkemungkin kerana pada kita senyum, kita lebih tenang dan releks.
Senyum mengurangkan sakit
Kajian mendapati, senyum membebaskan serotonin, penahan sakit semulajadi. Sebatian ini menjadikan kita berasa sihat, maka senyum merupakan ubat semulajadi untuk mengubat sebarang penyakit.
Senyum melegakan stres
Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stres datang, ambil sedikit masa dan cubalah ukir sebuah senyuman. Stres akan berkurangan dan anda akan menjadi lebih bertenaga semula.
Senyum menurunkan tekanan darah
 apabila kita senyum, tekanan darah kita akan turun. Jika anda ada alat mengukur tekanan darah di rumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda kemudian senyum. Kemudian cuba senyum dalam tempoh seminit. Ambil bacaan sekali lagi. Anda akan nampak perbezaannya.
Senyum menjadikan wajah awek muda
Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tak perlulah kita bersusah payah pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyum sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.
Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik pada orang yang wajahya tidak lekang dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun, tanda mersa. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Jesteru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.
Senyum menukar mood kita
Dikala kita sedang berduka, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh menipu tubuh kita untuk membantu kita menukar mood menjadi lebih ceria.
Senyum akan berjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita. Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

saya dah senyum..anda bagaimana??





Masakan Ibu

salam ramadhan semua...
ok..sebenarnya pasal masakan ibu ni ada kaitan dengan i balik kampung semalam
hehehehhehe..saja nak share
pertama kali pergi dan balik dari kampung dalam satu hari 
sampai kampung betul-betul dekat nak berbuka
pastu balik semula dalam kul 10.30 ke Kuala Lumpur
perrgghh....memang dasyat


masa pergi tahan lagi i yang drive..comel tak?hhuhuhu...

my fionce bes jer relex sebelah i...
hahahhaha..i kena buli...
tapi tak mengapa sebab time balik dia pulak kena buli...i dah terlelap tak sedar apa

semalam masakan mak memang menakjubkan hati aku
(hati orang yang dh jemu dengan masakan Kl)
menu : gulai lemak pucuk ubi + ayam goreng panas + ikan talapia bakar 7 air asam
sedap sangat mak masak
aku lak beli kat bazar : gulai rong siput + ayam percik + air tebu dan soya + kueh muih

pendek kata banjir dengan makanan jer la rumah mak semalam
 lega dan seronok jer jumpa mak abah semalam
mak senyum jer i duk puji masakan dia
sebab sedap sangat...............

masakan ibu memang tiada tandingannya..
^_^










Sunday 22 July 2012

Bengkak Bawah Dagu

aduih...sakit sangat
hari ni rasa tak selesa dan rasa macam nak demam
dah dua minggu ada bengkak atau ketulan bawah dagu ni
tapi takde masa nak pergi buat check up
tapi start semalam sampai hari ini rasa sakitnya,masyaalh..
sakit sangat tak terkata
memang dah tak boleh tahan


semalam my fionce bagi petua hilangkan bengkak
katanya orang tua yang ajar
 tanah angkut-angkut + cuka (gaulkan) dan sapu pada bengkak
i sempat pakai twice je semalam tapi tak surut pun..
mungkin kena pakai lagi kerap kot...


akhirnya hari ni i pergi check jugak
i pergi klinik berdekatan jer


tapi bila pergi check,doktor cakap cuma infection jer
emmm....yer ker?
bengkak dah makin besar ni,risau pulak sebab tarikh kahwin dah nak dekat
tak rela naik pelamin dengan bengkak bawah dagu yang ala-ala 'double chin' ni..hehehhehe


at last doktor ada bagi beberapa medition terdiri daripada antibiotik,ubat bengkak dan ubat tahan sakit
so tengok jer la macammana..surut ker tak bengkak i ni nati
semua doakan i cepat sembuh yer..
tak tahan dah ni berdenyut-denyut sakit


-____-











Wednesday 11 July 2012

Keredhaan Seorang Ibu

Rasa terharu pulak tengok pi dekat bawah ni


rasa rindu sangat dekat mak................

i ada terbaca petikan sabda rasulullah swt  bahawa :

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

so rasa takut sangat..kalau boleh tak nak buat ibubapa kita murka atau tidak redha dengan kita..

ya allah ya tuhanku,kau jauhilah aku dari sifat yang memurkakan kedua ibubapa ku..
sesungguhnya aku memohon kepadamu yang maha besar lagi maha berkuasa untuk menjadikan aku anak yang soleh dan taat kepada kedua ibubapaku....aminnnn

i luv mak & abah
<3

Friends Day- Port Dicson

Percutian Murah ke Port Dickson
(budget kurang dari Rm500 untuk enam orang - dua hari satu malam)




hai..selamat petang semua..

hujung minggu baru ni kami bercuti ke POrt Dickson..
cumell tak kami.....??

kami kesana dengan menaiki kereta masing-masing
sampai kesana kami check in di Bouganvilla Resort..dekat sangat dengan laut

info :
- bilik RM150/2 single bed, klu hari biasa RM130/2 single bed
harga termasuk breakfirst

pastu macam biasa la..jejalan dan makan..malam tu kami buat BBQ
special home made dari FB :gurun sahara, far hanis dan cda ilihani
sedap sangat korang buat weh.......................


bagi yang nak dapat info lebih atau nak bertanya tentang pengalaman i dan kawan-kawan,boleh la tinggalkan komen di sini..

love u all..
mmmuah............









Wednesday 4 July 2012

Koleksi Gambar Perkahwinan Isma Hasmie

alhamdulillah beliau selamat di ijab kabulkan dengan 
pasangan yang memang secocok
Semoga mereka bahgia ke akhir hayat...

berikut ialah koleksi gambar perkahwinan isma hasmie dan suaminya
(sumber :google)

sweet sangat....................



















Percutian - Singapore (Part 2)

hai semua..
huhuhuhu...sekarang i nak sambung balik cerita pasal trip i last day kat Singapore
nak dengar tak ni?
hehehehhehe...nak la tu
kalau tak takkan korang baca...(jangan marah)

ok,cerita pasal alatan sex yang dijual secara terbuka kat sana
teruk la.....selamber jer dorang show kat tempat awam
i pun apa lagi,selamber jgk la amik kesempatan untuk tengok live n paling penting snap pic dulu...
pelik-pelik jer..macam mp3 pun ada...
huhuhuhu


gila kan?
sure gejala sosial tinggi kat sini...
.......
tempat jual : Lucky Plaza,Singapore

kat sini jugak sempat la kami ambil gambar
my unty beli skaff jer pun tapi gedix nak snap pic..yang kawan i FB : Maya ni pulak tak tahan tergelak dengan perngai sengal my unty
lawak betul that moment..






lepas jejalan kat sini,kami pergi jalan pulak kat 
Universal Studio,Singapore..
tapi kami tak masuk dalam pun,tak jumpa pintu dan kami pun dah letih sangat
asik mengantuk jer...
just snap pic jer..sikit...
sebagai kenang-kenangan..........huhuhuhu

ha..............satu benda penting lagi.........
kat singapore ni,susah sangat nak cari toilet yang ada air...
kat sini budaya lebih kepada barat
ada ke patut nak guna tisu jer?????????????????
paip memang tak jumpa la....

susah!!!



so rasa tak bersih sangat kat sini...
Malaysia is the best........
i LOve Malaysia











Tuesday 3 July 2012

Percutian - Singapore (part 1)


uhu...for end of last month i dan unty i serta 2 orang kawan plan untuk bercuti di singapore.
kononnya nak beli souvenior kahwin kat sana tp tak jadi.
kesnya : barang mahal gler.....tak sesuai.........
  ok kami kesana dengan drive sendiri jer..
drive dr  KL ---> JOHOR (bus stop larkin) --> SINGAPORE (Quenn Street)
info untuk di kongsi :


  • parking kereta RM 5/day opposite dengan KFC bustop larkin (METRO parking)
  • tambang bus dari Larkin  ke Singapore RM 3.20 (SPF Bus)
  • tambang bus dari Singapore ke Larkin USD 2.40 = RM 6 (SPF bus)

ni pose yang sempat di rakamkan..

ok jugak naik bas ke singapore ni tapi letih sikit sebab leceh sangat...menyesal tak naik flight
turun naik bas berkali-kali sebab kena lalu 'checkpoint' la apa la...
so masa kat checkpoint tu sempat la snap gambar
agaknya org tgk,macam jakun jer kami ni..
suka sangat...............hehhehehehe



ni lak pic masa bertukar-tukar bas.....memang leceh....



ok...kami stay kat sana untuk tiga hari dua malam di HOTEL 101, Lorong Geylang 12
rate kat sana untuk deluxe room USD 90 = RM 225/ night
oleh sebab kami booking online so kami dapat discount RM3++ untuk 2 malam
jimat sangat....^_^

tapi nak cerita pasal hotel ni,masyaallah...
sebab rupanya kat bawah hotel ni tempat ayam- ayam (kawasan pelacuran bebas)
gila apa....live tu tengok dorang kuar masuk bawak pelanggan dekat rumah lot kedai berhampiran..
so tiap-tiap hari la i duk tengok dorang...memang rajin bekerja siang sampai malam....
tapi kesian..
kebanyakan perempuan-perempuan tu 
dari indonesia,myanmar,china...muda-muda lagi dah rosak..
subhanallah...



dar Green Street bus station ker Hotel ni kami menaiki teksi..harga lebih kurang USD 10 = RM 25

so malam tu kami jalan-jalan dulu sementara tunggu my unty sampai sebab dia tak follow kami
dia datang naik flight...
malam tu kmi ke ABC market di BUkit Merah area..
tujuannya nak pergi makan..
alhamdulillah murah rezeki kat sana sebab kawan kepada kawan yang follow ni stay kat sana dan nak belanja kitorang..
so memang murah rezeki sangat..
makan pun tak henti-henti sampai nak pecah perut..
ada ke dia belanja macam nak buat kenduri..
nak mampus....



kami di maklumkan yang ABC Market ni adalah market yang tertua kat Singapore ni
macam-macam jenis makanan ada kat sini terdiri dari pelbagai bangsa.
melayu,china dan india..
kiranya kat sini tak susah nak cari makanan halal

esoknya kmi jalan-jalan ke Lucky Plaza
tempat ni lebih kurang macam Sungai Wang Plaza kita..
dalam tu ada jual pelbagai jenis Souvenior...
harga lebih kurang USD 10 / 5pcs item = RM25
ada macam-macam : keychain, freez magnet, kraff & etc



* gambar wanick dah diremove  atas sebab-sebab tertentu untuk menjaga kebaikan bersama.