Friday 19 April 2013

Plan Trip - Kuching, Serawak

salam semua...
emm dah lama betul tak update story dalam blog ni
al maklumlah Wanick kat sini dah sibuk mengalahkan menteri
kayanya tak jugak..hehheheheh

ok apa cerita Kuching2 ni...Sebenarnya Wanick dan husband akan bercuti ke kuching awal bulan depan.tapi bukan kami berdua je, ada adik Wanick sekali.. 
saja ajak dia join sebab boring la kan kalau berdua je....tah pape kot

Sebenarnya ni la kali pertama nak jejakkan kaki ke serawak ni..sebelum ni memang dah ada hajat nak pergi kononnya nak follow bakal mak mertua & bapak mertua pergi majlis konvo bakal adik ipar masa tu..tapi tup2 tak jadi pulak sebab adik ipar tu ambil sijil dari jauh jer..apa daaa...melepas peluang aku! (kata Wanick dalam hati jer,depan senyap macam tikus...ahaha)

Akhirnya rezeki ada jugak nak pergi untuk trip kali ni..ada rezeki lebih..ajak kawan-kawan semua tak nak join..terpaksa la kami-kami je...Wanick dan Husband macam biasa la..memang kaki jalan baik punya...
jalan jer la selagi larat kan... 

ok so far,tiket semua daH ready..tinggal nak book hotel n transport kat sana jer. Hari-hari duk servey tapi sampai harini takde book lagi..konfius la..sebab takut salah pilih....anyone yang boleh suggestkan?
kot la korang ada pengalaman kan..sudi2 la share maklumat secara percuma kat sini yer...

ok la..mengarut je petang-petang ni.
saje je kan..rindu kat blog ni..walau xde follower yang ramai but im still happy...
i love my blog mmmuah!!

Wednesday 23 January 2013

Percutian - Cameron Highland

arini tanggal 23/01/2013,genap la 23 ari bagi tahun 2013.
Sebenarnya wanick dah lama nak update blog for 2013 tapi selalui takde masa mengalahkan perdana menteri.hahahhaa,perdana menteri pun ada masa nak berehat .. tetiba harini  gatal tangan sikit nak menulis kan...harap korang sudi la baca yer

Untuk permulaan tahun 2013,ada manis dan pahitnya. Untuk permulaan 2013 wanick dan kawan2 telah buat keputusan untuk Happy Holiday kat Cameron Highland. Dah banyak kali ke sana? hehehe memang la,sebenarnya kami menunaikan hajat FB:Far Hanis yang teringin sangat nak pergi sana. Wanick dan kawan-kawan layankan aja lah.Lagipun wanick dan husband memang suka pergi sana. Macam-macam ada... :P dengan jagung manisnya,madunya,strawberrynya,mushroom dan sebagainya...emm..memang datang sekali nak datang lagi...
^_^



Pada 21/01/2013 pula, wanick dan husband kehilangan atok tersayang yang telah pulang ke rahmatullah seawal jam 1 pagi kerana mengalami komplikasi pada jantung dan paru-paru. Agak sedih jugak sebab tak sempat nak tengok arwah masa dia boleh bercakap lagi. Masa datang melawat kali pertama lagi dia dah dalam keadaan tak sedarkan diri.Arwah dikenali dengan sifar yang banyak cakap,ada jer cerita yang nak disampaikan. Tapi Allah lebih menyayangi dia,semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang solleh dan beriman..aminn...

For coming soon plan, wanick dan husband akan follow my mother in low to Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan orang blok (felda kan ada blok2 gitu). So wanick ambil kesempatan ni untuk menyelam sambil minum air..hehehe..kiranya wanick anggap ni pun percutian jugak la.Tak sabar nak shopping kat sana. Dengar cerita barang kat kelantan banyak yang murah-murah. Wanick paling tak sabar nak shopping seluar jin (jeans) dan toto kat sana. Dan paling penting nak menikmatai permandangan yang indah dan makanan yang sedap-sedap, enak-enak dong. Dah terbayang dah nasi kerabu,,nasi dagang,nasi berlauk ni..kena pulak dengan keropok lekor panas-panas..nyam3...KELANTAN,wait for me..................!! 

ok semua. itu saja celoteh wanik bagi permulaan 2013 ni. Nanti ada story mory yang best-best wanick akan share dengan korang yer. Sudi-sudi la baca walau tak sedap mana entry ni..hehehhehehe


Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Hari ini 31/12/2012 merupakan hari terahir bagi tahun 2012. Tapi itu tak bermakna kehidupan ni sudah berakhir. Hidup mesti diteruskan. Sepanjang tahun 2012, banyak kenangan manis dan buruk berlaku pada diri Wanick. tapi semuanya menjadi pengajaran, iktibar dan panduan untuk meniti kehidupan seterusnya.

Hari bersejarah jugak banyak berlaku pada tahun ni. Antaranya :

20/01/2012 hari pertunangan
24/08/2012 sah bergelar isteri

Tahun ni jugak la tahun paling banyak berjalan dan pendek kata memang banyak belanja (bagi orang takde duit macam wanick :P). Antaranyer ke :

Cameron Highland (memang acap kali)
Pulau Pangkor
Kota Kinabalu, Sabah
Singapore

Kawan-kawan pun ada sejarah tersendiri :
FB : Cda ilihani sah bergelar tunang orang pada 2/12/2012 (tahniah sangat)
FB : Gurun Sahara jugak bertemu new bf pada tahun ni, jugak kematian bapa tercinta pada tahun ni, rumah terbakar dan sebagainya (harap beliau tabah menempuh dugaan silih berganti)

k la,dah lewat ni.tak sempat nak membebel banyak sebab dah nak balik. Harapan wanick untuk tahun 2013,semoga impian menjadi kenyataan.
 Semoga pada tahun 2013 impian wanick untuk mulakan perniagaan akan tercapai. Wanick juga berharap tahun 2013 dan tahun seterusnya ialah tahun kejayaan wanick didunia dan akhirat.aminnnn
semoga tuhan tunjukkan dan permudahkan jalan wanick serta suami..insyaalah.........




Thursday 27 December 2012

Wanick nak Kongsi Resepi

Hai selamat petang

ah camne boleh terpikir pasal resepi ni?

Al-kisah wanick ni tetiba je dapat idea nak kongsi resepi setelah hari-hari asik memasak untuk suami. Memasak tu satu hal,satu hal lagi suka sangat amik gambar makanan lepas tu tak tau nak pos & share kat mana. At last Wanick terpikir blog is the best  platform untuk share benda-benda ni. Sambil post gambar,sambil kongsi info dengan semua.
Kalau kengkawan ada resepi berguna, inbox2 la wanick yer. Insyaalah wanick akan cuba dan kalau menjadi boleh la masukan dalam blog dan share.

Blog resepi wanick boleh la sign in di http://resepimasakanwanick.blogspot.com/

Love u all

Percutian - Pulau Pangkor

Dengar je kawan satu pejabat nak pergi bercuti di Pulau Pangkor,hati wanick rasa gelisah untuk pergi juga. Bukan apa,memang dah lama berangan nak jalan ke sana. Tup-tup hari sabtu tu Mr Hubby pulak ada hal. rasa sedih jugak. Disebabkan muka ni memang nampak sedih, mrHubby cuba jugak gembirakan hati ni. Hari ahad seawal jam 5.30 pagi kami bergerak jugak ke pulau pangkor. Alangkah bahagianya hati ni (poyo je kan). Tengk la muka wanick kat bawah tu,memang seronok habis. MrHUbby memang suka sangat melayan wanick,asalkan wanick happy...thanks my LOve

Kami tiba lebih kurang jam 9.30pagi .Sampai je Lumut,kami menaiki feri dengan kadar tambang RM10/person (pergi dan balik). Boleh la tu,murah sangat dah.Tapi ferinya tak la cantik mana,boleh la sekadar naik dan lepas pergi :P haha . Kereta pulak kami park dekat sangat dengan jeti,nampak macam tanah persendirian dengan harga park rm10 sehari. Tak ramai yang perasan port ni tapi kami bernasib baik sebab mrHubby memang tau wanick tak suka jalan jauh..huhu
Setiba je di jeti Pulau Pankor,kami jadi buntu. Baru la kami tau betapa jauhnya dari satu tempat nak ke satu tempat yang lain, Tak macam Pulau Pehentian yang kami pergi dulu. Sini dah macam ada satu perkampungan atau penempatan. Untuk kemudahan, ada disediakan kenderaan untuk di sewa. Motor = RM30-35/day, kereta RM50-70/3jam (kadang lebih mahal)  dan kami rasa tak berbalaoi. MrHubby pulak tiba-tiba tak mau pakai motor sebab takut rambut rosak :P mengalahkan perempuan. Hehe. Last sekali kami buat keputusan untuk jalan-jalan dan beli jer barang kat dalam tu. Sebelum tu kami minum dan makan dulu. Laparrrrrrrrrrrr


Dalam pukul 1 petang kami mula bergerak balik semuala ke jeti Lumut. Kemudian kami pergi ke Teluk Batik. Sekadar duk tepi pantai menikmati alam jerk.:P KOnonya nak join Pesta Ikan Bilis tapi pesta tu tutup punya la awal. tak sempat nak membeli ikan bilis terbaik di Asia Tenggara ni. agak sedih la.


Masa ondeway balik,kami ikut jalan dalam. Memang dekat gila dan kami pun singgah di Tanjung Malim untuk makan. Apa yang menarik perhatian kami,kedai ni cantik sangat dengan suasana kampung. MAcam biasa,wanick memang suka yang pelik-pelik. Wanick pilih pondok yang paling tinggi sekali. Memang letih la orang tu panjat nak hantar makanan..maafkan kami yer :P
Tapi malangnya,masakan dia biasa-biasa jer,boleh la. Takde la tip top sangat tapi tak jugak tak sedap. Alhamdulillah.


Malam tu kami tiba dalam pukul 9.30 malam. Tak lewat sangat. Sempat la kami mandi dan berehat awal. Terima kasih suami tercinta,lain kali nak jalan lagi yer...


 I love you





Friday 16 November 2012

Baju Raya..apa celop???

apa celop tok'...

ha selamat tengahari semua..arini nak cerita pasal baju raya wanick yang sepatutnya pakai untuk Aidiladha tapi pakai pula masa Hari Raya Deepavali. Al kisah terjadi sebab baju raya ni tak sempat siap masa raya tempoh hari. Memang bengang sangat masa tu sebab langsung takde baju raya dan wanick terpaksa pakai baju masa akad nikah di pagi lebaran. Nasib la baju tu fleksible,tak la nampak pelik sangat :P. 

Disebabkan kempunan nak pakai time raya,so wanick over possed pulak hari ni. Kejap ambil gambar,kejap ambil gambar ,ambil gambar lagi dan lagi. Tapi punya banyak gambar,hanya beberapa gambar je yang terpilih nak di upload dan share dalam entry kali ni.Apasal nak share? eh mesti la share. Ni kan blog khas story about my life....hihuhi....i like to story about my happiness...


*gambar dah di remove untuk tujuan kebaikan..amin...

sweet tak? boleh la kan..(bluwekkkkk!!) i fall in love with baju ni. My MrHubby pun said yang baju ni cantik dan sesuai dengan wanick. Sebenarnya kain untuk baju ni tak mahal pun,murah sangat. Harga kain tak sampai rm30 tak silap,upah jahit jer la mahal sikit tu pun rm55 je. Kain ni wanick beli masa teman my best friend FB : Gurun Sahara window shopping kat Kamdar,Midvalley. Tah macam mana dia yang nak tengok kain,dengan wanick-wanick sekali 'terbeli'..apa celopppp???? geram...tu pun nasib baik masa tu tak bawa duit banyak,kalau tak mau wanick borong semuanya. Harga kat Kamdar masa tu murah gile mungkin sebab nak raya kot. Bayangkan kain jenis chiffon pokadot kegemaran wanick pun jatuh bawah rm10/meter..tak gila kau?

Sebenarnya wanick sebelum ni memang jarang beli kain untuk buat baju kurung. Sebabnya lebih senang beli dah siap je. Tapi start my Unty beli kain pasang dari Bandung dan takde pilihan memang nak kena hantar jahit,so wanick tersuka pulak dengan tukang jahit cina tu.Dia jahit memang kemas gila. tak caya tengok gambar kat atas tu. Jangan kata baju,tuan baju pun comel (apa celopppp  )

Ok la,tu je nak share hari ni. Biasa wanick akan upload gambar dengan suami pagi-pagi kan,tapi kali ni tak sebab tak sempat nak ambil gambar dengan dia. Beria je gosok baju kemeja dia yang match dengan baju wanick untuk pakai hari ni,tup tup dia cakap " sayang drive sendiri hari ni boleh tak?"..sekali lagi apa celoppp?????????? So tak sempat la nak ambil gambar dengan dia sebab dia pun tak mandi lagi masa wanick nak pergi kerja. Baju yang match kemana,apa tah pun kemana.

ok-ok...bila wanick nak bla ni? eee nak bla la ni..bye u ollzz...mmmmuah!




Wednesday 14 November 2012

Suamiku Kaki Pancing

hahhaha tetiba jer hari ni rajin nak menulis blog.al kisah sebab bos takde kat office ni,jangan kata bos,abis dengan staf-staf semua takde. apa lagi,bagai office ni wanick yang punya...hahahhahahaha

ok kisah kali ni nak cerita pasal suami wanick yang sangat suka memancing. macam orang suka bola tu,makan bola tidur bola.Ni kira sama la macam suami wanick cuma dia versi memancing. Tengok gambar dia kat bawah yang sempat di rakamkan semata-mata  nak cerita hal minat dia ni dalam blog :


boleh bayangkan tak macam mana minat dia berdasarkan mimik muka dia tu? memang serius gila.Masa zaman bercinta lagi dia dah maklumkan mengenai minat dia ni. So wanick perlahan-lahan cuba selami dan memahami minatnya yang mendalam ni. Jadi oleh kata wanick memang  dah paham so wanick memang tak kisah kalau dia nak pergi memancing. Yang penting pancing ikan la,jangan pacing lain pula...hehehhe..nauzubillah...

punya la minat memancing sehingga memancing ni boleh menghilangkan stress.ha..dengar tu..kau ada? kalau tiba-tiba dia nak mancing time sibuk tu memang wanick paham sangat la,ada problem la tu. so just let him go dan release dia punya tension. Itu time stress la,time tak stress lain pulak cerita. Boleh kata hari-hari nak memancing. Sampaikan wani pun dah jadi minat memancing. Sebenarnya bukan minat sangat tapi best melayan dia. Wanick ni cuma minat dengan aktiviti lasak jer.. Al maklumlah nak mancing mesti la kat tepi sungai,waterfall ker,hutan-hutan sikit gitu..so rasa mencabar sangat. Rasa best je panjat-panjat,redah hutan...nikmat! 

Yang paling kelakar kami ni serasi sangat. Serius,macam best friend. Kami boleh melayan minat antara satu sama lain dengan baik meskipun minat kami ni berbeza. Semuanya wanick belajar dari suami sebab dia banyak positif dalam hubungan.  Pendek kata dia suami yang sangat memahami dan pandai mengikut rentak rumah tangga. Bersyukur sangat sebab tak ramai lelaki macam dia...serius. Pasal kebaikan suami insyallah wanick akan ceritakan di entry akan datang ok..bukan nak cerita lebih tapi just nak share rasa happy ni. Hope kebahagiaan ni akan kekal untuk selamanya..aminn...

gambar bawah ni pula ialah gambar yang dirakamkan awal pagi tadi. Saja je gedik-gedik baget comel gitu ambil gambar. Bukan selalu dapat bergambar berdua sebab takde siapa pun yang nak ambil gambar kami ni..hehehhe..