Friday 16 November 2012

Baju Raya..apa celop???

apa celop tok'...

ha selamat tengahari semua..arini nak cerita pasal baju raya wanick yang sepatutnya pakai untuk Aidiladha tapi pakai pula masa Hari Raya Deepavali. Al kisah terjadi sebab baju raya ni tak sempat siap masa raya tempoh hari. Memang bengang sangat masa tu sebab langsung takde baju raya dan wanick terpaksa pakai baju masa akad nikah di pagi lebaran. Nasib la baju tu fleksible,tak la nampak pelik sangat :P. 

Disebabkan kempunan nak pakai time raya,so wanick over possed pulak hari ni. Kejap ambil gambar,kejap ambil gambar ,ambil gambar lagi dan lagi. Tapi punya banyak gambar,hanya beberapa gambar je yang terpilih nak di upload dan share dalam entry kali ni.Apasal nak share? eh mesti la share. Ni kan blog khas story about my life....hihuhi....i like to story about my happiness...


*gambar dah di remove untuk tujuan kebaikan..amin...

sweet tak? boleh la kan..(bluwekkkkk!!) i fall in love with baju ni. My MrHubby pun said yang baju ni cantik dan sesuai dengan wanick. Sebenarnya kain untuk baju ni tak mahal pun,murah sangat. Harga kain tak sampai rm30 tak silap,upah jahit jer la mahal sikit tu pun rm55 je. Kain ni wanick beli masa teman my best friend FB : Gurun Sahara window shopping kat Kamdar,Midvalley. Tah macam mana dia yang nak tengok kain,dengan wanick-wanick sekali 'terbeli'..apa celopppp???? geram...tu pun nasib baik masa tu tak bawa duit banyak,kalau tak mau wanick borong semuanya. Harga kat Kamdar masa tu murah gile mungkin sebab nak raya kot. Bayangkan kain jenis chiffon pokadot kegemaran wanick pun jatuh bawah rm10/meter..tak gila kau?

Sebenarnya wanick sebelum ni memang jarang beli kain untuk buat baju kurung. Sebabnya lebih senang beli dah siap je. Tapi start my Unty beli kain pasang dari Bandung dan takde pilihan memang nak kena hantar jahit,so wanick tersuka pulak dengan tukang jahit cina tu.Dia jahit memang kemas gila. tak caya tengok gambar kat atas tu. Jangan kata baju,tuan baju pun comel (apa celopppp  )

Ok la,tu je nak share hari ni. Biasa wanick akan upload gambar dengan suami pagi-pagi kan,tapi kali ni tak sebab tak sempat nak ambil gambar dengan dia. Beria je gosok baju kemeja dia yang match dengan baju wanick untuk pakai hari ni,tup tup dia cakap " sayang drive sendiri hari ni boleh tak?"..sekali lagi apa celoppp?????????? So tak sempat la nak ambil gambar dengan dia sebab dia pun tak mandi lagi masa wanick nak pergi kerja. Baju yang match kemana,apa tah pun kemana.

ok-ok...bila wanick nak bla ni? eee nak bla la ni..bye u ollzz...mmmmuah!




Wednesday 14 November 2012

Suamiku Kaki Pancing

hahhaha tetiba jer hari ni rajin nak menulis blog.al kisah sebab bos takde kat office ni,jangan kata bos,abis dengan staf-staf semua takde. apa lagi,bagai office ni wanick yang punya...hahahhahahaha

ok kisah kali ni nak cerita pasal suami wanick yang sangat suka memancing. macam orang suka bola tu,makan bola tidur bola.Ni kira sama la macam suami wanick cuma dia versi memancing. Tengok gambar dia kat bawah yang sempat di rakamkan semata-mata  nak cerita hal minat dia ni dalam blog :


boleh bayangkan tak macam mana minat dia berdasarkan mimik muka dia tu? memang serius gila.Masa zaman bercinta lagi dia dah maklumkan mengenai minat dia ni. So wanick perlahan-lahan cuba selami dan memahami minatnya yang mendalam ni. Jadi oleh kata wanick memang  dah paham so wanick memang tak kisah kalau dia nak pergi memancing. Yang penting pancing ikan la,jangan pacing lain pula...hehehhe..nauzubillah...

punya la minat memancing sehingga memancing ni boleh menghilangkan stress.ha..dengar tu..kau ada? kalau tiba-tiba dia nak mancing time sibuk tu memang wanick paham sangat la,ada problem la tu. so just let him go dan release dia punya tension. Itu time stress la,time tak stress lain pulak cerita. Boleh kata hari-hari nak memancing. Sampaikan wani pun dah jadi minat memancing. Sebenarnya bukan minat sangat tapi best melayan dia. Wanick ni cuma minat dengan aktiviti lasak jer.. Al maklumlah nak mancing mesti la kat tepi sungai,waterfall ker,hutan-hutan sikit gitu..so rasa mencabar sangat. Rasa best je panjat-panjat,redah hutan...nikmat! 

Yang paling kelakar kami ni serasi sangat. Serius,macam best friend. Kami boleh melayan minat antara satu sama lain dengan baik meskipun minat kami ni berbeza. Semuanya wanick belajar dari suami sebab dia banyak positif dalam hubungan.  Pendek kata dia suami yang sangat memahami dan pandai mengikut rentak rumah tangga. Bersyukur sangat sebab tak ramai lelaki macam dia...serius. Pasal kebaikan suami insyallah wanick akan ceritakan di entry akan datang ok..bukan nak cerita lebih tapi just nak share rasa happy ni. Hope kebahagiaan ni akan kekal untuk selamanya..aminn...

gambar bawah ni pula ialah gambar yang dirakamkan awal pagi tadi. Saja je gedik-gedik baget comel gitu ambil gambar. Bukan selalu dapat bergambar berdua sebab takde siapa pun yang nak ambil gambar kami ni..hehehhe..

Thursday 8 November 2012

Percutian - Sabah (part 2)

salam semua.
patutnya dah lama wanick update blog cerita pasal sabah ni
akibat terlalu malas dan tak pernah nak rahjin ni so tak ada la perkembangan cerita selepas balik dari sabah
sekarang pun malas tak ilang lagi so wanick cuma nak masukkan gambar jer semasa trip kesana sebagai tatapan dan kenang-kenangan bila wanick nak tengok nanti  hehehe atau nak tunjuk kat anak-anak nanti..
bila nak ada anak? tak tau ler.....