Wednesday 23 January 2013

Percutian - Cameron Highland

arini tanggal 23/01/2013,genap la 23 ari bagi tahun 2013.
Sebenarnya wanick dah lama nak update blog for 2013 tapi selalui takde masa mengalahkan perdana menteri.hahahhaa,perdana menteri pun ada masa nak berehat .. tetiba harini  gatal tangan sikit nak menulis kan...harap korang sudi la baca yer

Untuk permulaan tahun 2013,ada manis dan pahitnya. Untuk permulaan 2013 wanick dan kawan2 telah buat keputusan untuk Happy Holiday kat Cameron Highland. Dah banyak kali ke sana? hehehe memang la,sebenarnya kami menunaikan hajat FB:Far Hanis yang teringin sangat nak pergi sana. Wanick dan kawan-kawan layankan aja lah.Lagipun wanick dan husband memang suka pergi sana. Macam-macam ada... :P dengan jagung manisnya,madunya,strawberrynya,mushroom dan sebagainya...emm..memang datang sekali nak datang lagi...
^_^



Pada 21/01/2013 pula, wanick dan husband kehilangan atok tersayang yang telah pulang ke rahmatullah seawal jam 1 pagi kerana mengalami komplikasi pada jantung dan paru-paru. Agak sedih jugak sebab tak sempat nak tengok arwah masa dia boleh bercakap lagi. Masa datang melawat kali pertama lagi dia dah dalam keadaan tak sedarkan diri.Arwah dikenali dengan sifar yang banyak cakap,ada jer cerita yang nak disampaikan. Tapi Allah lebih menyayangi dia,semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang solleh dan beriman..aminn...

For coming soon plan, wanick dan husband akan follow my mother in low to Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan orang blok (felda kan ada blok2 gitu). So wanick ambil kesempatan ni untuk menyelam sambil minum air..hehehe..kiranya wanick anggap ni pun percutian jugak la.Tak sabar nak shopping kat sana. Dengar cerita barang kat kelantan banyak yang murah-murah. Wanick paling tak sabar nak shopping seluar jin (jeans) dan toto kat sana. Dan paling penting nak menikmatai permandangan yang indah dan makanan yang sedap-sedap, enak-enak dong. Dah terbayang dah nasi kerabu,,nasi dagang,nasi berlauk ni..kena pulak dengan keropok lekor panas-panas..nyam3...KELANTAN,wait for me..................!! 

ok semua. itu saja celoteh wanik bagi permulaan 2013 ni. Nanti ada story mory yang best-best wanick akan share dengan korang yer. Sudi-sudi la baca walau tak sedap mana entry ni..hehehhehehe