Thursday 27 December 2012

Percutian - Pulau Pangkor

Dengar je kawan satu pejabat nak pergi bercuti di Pulau Pangkor,hati wanick rasa gelisah untuk pergi juga. Bukan apa,memang dah lama berangan nak jalan ke sana. Tup-tup hari sabtu tu Mr Hubby pulak ada hal. rasa sedih jugak. Disebabkan muka ni memang nampak sedih, mrHubby cuba jugak gembirakan hati ni. Hari ahad seawal jam 5.30 pagi kami bergerak jugak ke pulau pangkor. Alangkah bahagianya hati ni (poyo je kan). Tengk la muka wanick kat bawah tu,memang seronok habis. MrHUbby memang suka sangat melayan wanick,asalkan wanick happy...thanks my LOve

Kami tiba lebih kurang jam 9.30pagi .Sampai je Lumut,kami menaiki feri dengan kadar tambang RM10/person (pergi dan balik). Boleh la tu,murah sangat dah.Tapi ferinya tak la cantik mana,boleh la sekadar naik dan lepas pergi :P haha . Kereta pulak kami park dekat sangat dengan jeti,nampak macam tanah persendirian dengan harga park rm10 sehari. Tak ramai yang perasan port ni tapi kami bernasib baik sebab mrHubby memang tau wanick tak suka jalan jauh..huhu
Setiba je di jeti Pulau Pankor,kami jadi buntu. Baru la kami tau betapa jauhnya dari satu tempat nak ke satu tempat yang lain, Tak macam Pulau Pehentian yang kami pergi dulu. Sini dah macam ada satu perkampungan atau penempatan. Untuk kemudahan, ada disediakan kenderaan untuk di sewa. Motor = RM30-35/day, kereta RM50-70/3jam (kadang lebih mahal)  dan kami rasa tak berbalaoi. MrHubby pulak tiba-tiba tak mau pakai motor sebab takut rambut rosak :P mengalahkan perempuan. Hehe. Last sekali kami buat keputusan untuk jalan-jalan dan beli jer barang kat dalam tu. Sebelum tu kami minum dan makan dulu. Laparrrrrrrrrrrr


Dalam pukul 1 petang kami mula bergerak balik semuala ke jeti Lumut. Kemudian kami pergi ke Teluk Batik. Sekadar duk tepi pantai menikmati alam jerk.:P KOnonya nak join Pesta Ikan Bilis tapi pesta tu tutup punya la awal. tak sempat nak membeli ikan bilis terbaik di Asia Tenggara ni. agak sedih la.


Masa ondeway balik,kami ikut jalan dalam. Memang dekat gila dan kami pun singgah di Tanjung Malim untuk makan. Apa yang menarik perhatian kami,kedai ni cantik sangat dengan suasana kampung. MAcam biasa,wanick memang suka yang pelik-pelik. Wanick pilih pondok yang paling tinggi sekali. Memang letih la orang tu panjat nak hantar makanan..maafkan kami yer :P
Tapi malangnya,masakan dia biasa-biasa jer,boleh la. Takde la tip top sangat tapi tak jugak tak sedap. Alhamdulillah.


Malam tu kami tiba dalam pukul 9.30 malam. Tak lewat sangat. Sempat la kami mandi dan berehat awal. Terima kasih suami tercinta,lain kali nak jalan lagi yer...


 I love you





No comments:

Post a Comment