Tuesday 15 May 2012

Masalah GUSI

huhuhu..sedih sgt...
baru2 ni tetiba gusi jd bengkak...
patut la tiap kali i brushing my teeth,gusi bleeding...
buat x pot jer....
tp bila baca byk artikal kt FB..agak gerun jgk la...
bawah ni antara info n tips pnjagaan gigi ygg di sarankan..
jgn pndang remeh bila gusi anda bleeding....

**************************************


Masalah gusi biasanya disebabkan oleh penyakit gusi berdarah, gusi bernanah dan gusi bengkak dan sebagainya. Apabila masalah ini berlaku, tentunya akan mengganggu rutin harian anda. Termasuklah prestasi kerja, menyebabkan mood kita tak seperti hari biasa. Ia akan menyebabkan demam yang berpanjangan.
Namun, masalah gusi ini kadang kala berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah gusi yang terlalu sensitif. Sebab itu, ada jual ubat gigi Sensodyne( gigi sensitif).
Berikut disertakan 7 tips untuk mengatasi masalah gusi:
1. Sikatlah gigi anda sekurang kurangnya dua kali sehari. Pastikan anda menyikat gigi dengan cara dan teknik yang betul. Biasanya dulu masa sekolah, memang doktor ada datang sekolah, ada buat demo. Manalah tahu, kita sudah lupa teknik menyikat. Kalau tak tahu, boleh rujuk kepada Doktor Gigi kita tuh.
2. Bersihkan gigi dengan benang halus setiap hari.(flos) Dengan membersihkan sisa sisa makanan yang ada di sela sela gigi dan gusi setiap hari dengan benang halus maka anda dapat mencegah sedini mungkin gangguan pada gusi dan gigi. Benang pembersih gigi ini boleh didapati kedai farmasi, atau kedai-kedai biasa pun ada.
3. Makanlah makanan yang bergizi. Makanan yang bergizi disini termasuk vitamin C dankalsium. (cuba ambil pakej vitamin yang ada Calsium+Zinc+Magnesium). Kedua-dua zat ini sangat berguna untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi.
4. Minumlah cukup air. Minum air yang cukup setelah makan akan sangat membantu membersihkan sisa sisa makanan pada gigi dan gusi. Hal ini tentu akan mengurangi jumlah bakteria yang tinggal di dalam mulut. Lagi bagus, minum air kosong, suam.
5. Katakan tidak untuk rokok. Sukar bagi yang mereka memang perokok tegar untuk berhenti. Namun, ada pihak mengatakan, orang yang kuat merokok ini, akan sentiasa berusaha-sungguh membersihkan bau dan gigi apabila gosok gigi. Dan kekerapan mereka dikatakan adalah lebih berbanding orang yang bukan merokok. Sejauh mana kebenarannya masih belum dipastikan. Tetapi merokok tetap merbahayakan kesihatan.
6. Elakkan makanan yang terlalu panas dan dingin. Makanan yang terlalu panas dan terlalu dingin dapat merosakkan kesihatan gigi dan gusi anda. Apalagi anda saat ini sedang bermasalah dengan gusi dan gigi maka makanan yang hangat merupakan pilihan yang tepat.
7. Bertenang (rileks). Jika anda stress, penyakit apapun akan timbul dan datang dengan cepat termasuk penyakit pada gigi dan gusi. Ini adalah kerana adanya peningkatan hormon stress iaitu kortisol. Hormon ini akan menghuru-harakan sistem normal tubuh anda dan mengundang beberapa penyakit berbahaya.

*******************************************
so pada sesaper yg ada masalah gusi cm i ni ,amik la langkah di atas...
smga kite sume sihat2 sllu.... ^_^

No comments:

Post a Comment